Thursday 8 November 2012

Welcome To Legoland !

Assalamualaikum . :)

Muka semangat ambil gambar , awal awal memang macam ni , excited lebih ! sebenarnya pergi sana pada tarikh 19 October . lambat kan saya update ? maafkan saya . masa ni pukul 9 pagi . tengok ! Legoland belum bukak lagi kami dah sampai ! nampak tak kami tolong pak guard buka itu tempat ? -.-  start our adventure ! gambar nih time kita orang kat depan pintu masuk . Sebelum datang , saya tengok tempat dia macam besar sangat , rupanya alahai .kecil je . Indah khabar dari rupa . :P


kelihatan macam nak pergi bandar bukan ? haha . saya peduli apa ? ada orang sampai bawa anak mereka dengan berpakaian tidur sahaja . siapa kisah? buat annual pass boleh masuk hari hari . untung kan ?


1st off all , kami main Project X ! walaupun seumur hidup saya tidak pernah naik sebarang roller coaster . walaupun di Fun Fair atau Danga Bay ,  tetapi pada hari tu , secara tiba tiba ada satu Spirit yang seolah olah mencabar saya . Anak Ibrahim pantang dicabar ! dan ketika sebelum naik , dalam hati , 
"APA ADE HAL , KECIK JE BENDE NIHH !" 
"DIAORANG KATA BEST "
"DAH BAYAR MAHAL , MANA BOLEH TAK NAIK !"
semua itu la , berada difikiran saya . dan semasa didalam tuh . 
"WOI WOI ! AKU NAK TURUN ! TURUN !"
"MALAIKAT MAUT KAT SEBELAH AKU WOII!"
"MAAAAAAAAAAAKKKK!!!"


Haha , teruk bukan perangai saya ? kepada bakal bakal mak mertua , sila fikir berpuluh puluh kali sebelum mengambil saya sebagai anak menantu ! hehe .


Saya tidak mengambil tahu apakah nama tempat ini . yang saya tahu hanya mengambil gambar , gambar dan gambar ! Hehe .


Perhatikan muncung saya . dan sungguh khusyuk kan saya membaca buku yang langsung saya tidak fahami cara penulisan dan pembacaanya ? XD


dalam tandas pun saya jadi , ala , photographer yang berjaya tak akan kisah di mana pun dia hendak melebarkan sayapnya ! HAHA . sebenarnya saya saja survey tandasnya ! yela , kebanyakan tempat lain , tempatnya punyalah bersih sampai susah nak tengok satu sampah pun ! tapi tandas , Wallahualam ! tapi saloot dekat tandas Legoland ni , bersih dan selesa ! sampai dalam tandas pun ada patung Lego . dan cuba teka apa saya jumpa ? saya jumpa seutas jam tangan berjenama Polo . Wohhh ! 


seksi bukan muka saya ? HAHA . Geram dengan Lego tu sebenarnya . 


 dan ini ! ada ke patut kawan saya cakap , saya comel senyum seperti itu . saya mempunyai gigi taring yang sangat comel , dan ramai menyukainya . dan time saya berjumpa doktor gigi dan plan untuk membuangnya , ramai yang marah ! OHH ! saya yang menanggung sakitnya , awak tahu ?


 saya tukar kasut sudahh . sebab kasut tadi membuatkan kaki saya melecet ! saya masih musykil dengan nasihat yang diberikan oleh rakan saya iaitu , 

"kenapa kau tak gigit kasut tu sebelum kau pakai? tuh la , padan muka kasut tu dah gigit kau !"

Haaaaaaaaa ? *muke confused* .

dan buat saya rasa nak datang lagi Legoand nihh , sebab adanya ABANG PHOTOGRAPHER !
Gatal aku ! 


 dan ini juga 


ini antara action , time die ambil gambar kitaorang . dan dengan pantas , adik kawan saya tadi snap gambar mereka pula ! HAHA , camera mereka ditaja sepenuhnya oleh Canon ! Aduhh ! nasib baik la , takde photoghrapher wanita , kalau tak , habis sekolah , confirm saya request kerja tu ! sambil kerja sambil cuci mata . Bak kata pepatah , sambil menyelam minum air , hehe .


ini Abang Rafiq . dia tengah pegang walkie talkie tuh sambil cakap 
"Semua Photographer tengok aku " 
dan dengan pantas semua photoghrapher tengok . Ya Allah , segan ! 
 dan kali kedua , kawan abang rafiq cakap guna walkie talkie jugak .
" Rafiq ambil gambar dengan awex woii !" 
dan sekali lagi terjadi benda yang sama . Ya ! semua photoghrapher melihat kami sekali lagi ! 

Dalam pukul 1 , kitaorang makan kat Pizza Mania . tak ada la sedap mana . cuma dia ramai sebab tu je satu  satunya tempat makan . yang lain semua Cafe .


okayyy , saya jujur saya tak suka makan pasta ! ini adalah TERPAKSA ! 


 Lion tuh gemuk , macam saya . Aummm ! 


saya sangat smart bukan pakai cermin mata 4D itu ? haha . ini time nak masuk tengok wayang 4D . saya lupa tajuk dia . *padahal malas nak ambil tahu* . XD


time ni pulak depan mainan budak budak . besar kecik boleh main . dan yang paling best , boleh dengki budak - budak . Bom air kat tempat dia . pancit air dekat dia . Muehehe ! Jahat kan kami ? duduk senang lenang di sini pun kami boleh habiskan masa dalam 3 jam ! 


model tidak berbayar . belakang itu la tempat yang saya maksudkan tadi . :)


Fullcap siapa entah saya curi ? haha . sebenarnya , baju time nih dah nyawa nyawa ikan sebab basah terpercik air BOMMM ! 


with abang Syafiq aka Syaq . Saya tak habis habis bahan dia tentang nama samaran dia tuh , dah macam KL GANGSTER kan ? cuba teka , dia offer nak ajar saya jadi photoghrapher yang lebih hebat ! Tak baik tolak rezeki kan ? XD


heee . yang ini , muka saya nampak putih berseri bukan ? nampak ayu ? sweet ? dah , dah , dah ! Bakal mak mertua , jangan batalkan niat anda untuk meminang saya ! XD



Penghujung . . . :(


di bahagian depan sebelum bertemu pintu gerbang Legoland ! 



dan last , pukul 7 petang baru kami balik ! semua permainan saya main , banyak lagi gambar . dan walaupun kaki melecet , dan sakit . tapi tak sia sia jugalah bayar mahal mahal ! Insya-allah , dalam 2 minggu lagi , saya akan pergi lagi ke sana lagi . sesiapa yang nak datang , cepat datang . dan kepada sesiapa yang tidak terfikir nak datang , sila ubah fikiran anda ! Come to join me ! 
:)

P/S : 3 jam menaip . daripada orang lelaki bersiap pergi sembahyang jumaat sampai mereka balik dan rasanya sempat tidur lagi ? -.- sesiapa nak tengok gambar lain sila lawat FB saya . Thanks , bye ! :)


And last , Bye LEGOLAND . 

























TERIMA KASIH SILA DATANG LAGI :)

No comments:

Post a Comment

1) anda comment ,,anda comel !
2)comment seikhlas haty yaw !
3)dah comment ?? anda comel !!
LURVE U ! <3 !